Aplikasi Tracing : elak isu copyright

Assalamualaikum, hi semua! Alhamdulillah, hari ni saya berpeluang mengemaskini blog setelah lama tak menulis. Jadi hari ni saya nak share cara untuk menggunakan aplikasi Tracing dalam Laptop Windows 10. Terima kasih banyak-banyak saya ucapkan kepada Cikgu Siti Suhaila yang saya jadikan tempat rujukan belajar dan bertanya tentang Tracing. Sebelum ni, saya ada buat perkongsian tentang aplikasi Tracing ni di laman Facebook TcherCollection-TC sehingga mendapat 3.4K Shares dan 1.9K likes di Facebook. Alhamdulillah, tak sangka ramai yang berminat. Semoga bermanfaat untuk semua. Jom baca perkongsian saya di laman Facebook TcherCollection-TC. Boleh klik di sini πŸ‘‡.

Perkongsian tentang Tracing di Laman Facebook TcherCollection-TC

Ok, aplikasi Tracing ni membuatkan orang yang tak reti melukis macam saya ni, jadi reti melukis. Bak kata orang, tangan tak berseni langsung..huhuhu πŸ˜‚. Tapi dengan Tracing, menjadilah jugak lukisan saya. Walaupun rasa macam senang, tapi kena ada kesabaran jugak la nak trace gambar yang kita nak tu. Jom tengok lukisan pertama saya menggunakan Tracing πŸ‘‡.

Setakat ni dah 3 gambar yang saya berjaya lukis guna Tracing. Di sini saya kongsikan lukisan saya yang tak seberapa ni . Saya suka lukis watak diri sendiri untuk dimasukkan dalam video PdPc. Macam mana, ok tak lukisan saya πŸ˜…

Tracing ni best sangat-sangat sebab kita sebagai cikgu boleh guna untuk tujuan PdPc. Bukan setakat guna untuk lukis watak diri sendiri, tapi boleh juga digunakan untuk pelbagai tujuan lain. Contohnya macam kita nak buat bahan seperti buku, modul, nak buat soalan atau video PdPc, yang perlu letak gambar. Tapi kita tak boleh ambik mana-mana gambar sesuka hati sebab gambar-gambar tu bukan kita punya. Jadi, untuk elakkan isu copyright, kita boleh lukis gambar dengan menggunakan Tracing. Boleh dapatkan aplikasi ni secara percuma dari Microsoft Store. Ok, di sini saya kongsikan cara dan langkah-langkah nak gunakan Tracing.

1. Buka aplikasi Tracing dan klik Open Picture

2. Kemudian, klik Open Image File

3. Pilih gambar yang kita nak trace, dan klik Open

4. Dah keluar gambar, boleh mula trace

Orait, di atas ni adalah paparan yang kita akan nampak bila dah masukkan gambar. Transparency nya automatik berada pada tahap 50%. Jadi, mudahlah kita nak trace gambar. Tapi kalau ada part yang tak berapa jelas, kita boleh Adjust Transparency kat tepi seperti yang saya label dalam gambar di atas πŸ‘†.

Untuk trace, biasanya saya akan pilih Ballpoint pen. Dan untuk mewarna, kena pilih Marker tau, sebab bila guna Marker, baru warna akan sekata. Masa nak trace atau masa nak mewarna, kita boleh tukar warna. Pilihlah nak warna apa. Kalau nak lebih banyak pilihan warna, boleh klik pada Advanced Color. Dalam proses kita nak trace ni, kalau ada yang perlu buat garis lurus, jangan risau sebab dalam tu dah siap ada Ruler. Protractor pun ada tau! Awesome sangat kan!

“Cikgu trace pakai pen ke?” Ok, ni soalan yang ramai cikgu tanya masa mula-mula saya buat perkongsian. Yup, saya guna sylus pen dan trace terus kat screen laptop. Kalau guna laptoptop touch screen tapi takde pen, boleh trace guna jari (Pilih Touch drawing). Tapi kalau laptop takde touch screen, boleh trace guna mouse (Pilih Mouse Writing). Lagi bagus kalau cikgu-cikgu ada drawing tablet. Sambung je ke laptop dan trace!

Double Tap untuk Zoom dan Lock Ink Movement

ok, paparan di atas πŸ‘† ni pula menunjukkan perkara penting yang cikgu-cikgu perlu tau semasa tracing. Kalau ada part yang kita susah nak trace, kita boleh Double Tap untuk Zoom bagi nampak sikit. Masa zoom, kita tak dapat nak trace. So, double tap lagi sekali untuk trace. Ha, boleh faham tak yang ni πŸ˜… Nanti dah cuba, baru boleh nampak situasi ni..hehehe.

Kalau guna laptop touch screen, kadang-kadang tangan kita ter klik kat Lock Ink Movement tu. So, hati-hati jangan sampai ter klik kat situ. Nanti apa yang kita trace tu lari dari gambar asal. Tapi takpe, kalau dia lari, kita kejar bagi sama balik dengan gambar asal…hahaha πŸ˜‚. Maksudnya kat sini, pastikan Lock Ink Movement tu kena sentiasa menyala.

Advanced Color dan Color Locked

Ada lagi satu yang penting. Katakan kita nak tukar warna, tapi tak dapat tukar. Asyik keluar warna sama yang kita guna sebelum tu. Ha, maksudnya warna tu dah locked. So, rujuk gambar kat atas ni πŸ‘†. Bila jadi macam tu, pi kat Advanced Color dan untick box macam yang saya tunjuk kat dalam gambar. Dah untick box, baru kita dapat tukar dan pilih warna lain. So, jangan panik kalau tiba -tiba tak dapat tukar warna. Ikut je step yang saya bagi ni okey.

5. Save hasil kerja

Orait, bila dah siap trace, boleh terus save hasil kerja kita πŸ‘†. Boleh Save as Image (Transparent Background) dan juga boleh Save as Image (With Background Color). Macam 3 gambar saya kat atas tadi tu, saya Save as Image (With Background Color). Selain daripada 2 pilihan ni, yang paling best, Tracing juga support .ink format. Jadi, kita boleh save hasil kerja dalam bentuk .ink File dan boleh juga sambung hasil kerja kita pada apps yang lain. Best kan!!

Orait, Tracing kat atas niπŸ‘† tak siap lagi. Cuma nak tunjuk contoh gambar kalau kita
Save as Image (Transparent Background) akan jadi macam ni. Ha, macam mana. Ok tak? Maaf jika ada kekurangan. Kalau ada yang tak faham, boleh tanya di ruangan komen ya. Atau kalau ada yang nak buat penambahbaikan pun boleh komen. Selamat mencuba semua! Bye, Assalamualaikum.

Cara buat intro video guna fon je. Senangnya!

Assalamualaikum, hi semua! Alhamdulillah, hari ni dapat ilmu baru. jadi, terus catat di sini supaya tak lupa. Bolehlah dijadikan nota, rujukan dan panduan buat semua. Jadi hari ni saya nak kongsikan cara buat intro video hanya dengan menggunakan fon je. Sambil-sambil duduk makan kuih raya kat rumah, dah boleh siap satu intro video…hihihi. Ada dua apps best yang saya nak kongsikan di sini iaitu Canva dan lagi satu ialah Clips (iOS).

Canva

Ok, saya akan mula dengan Canva terlebih dahulu. Canva ni sangat-sangatlah awesome sebab kita boleh buat macam-macam jenis design dengan Canva ni. Boleh dikatakan antara apps yang wajib korang install dalam fon ialah Canva. Ada lebih kurang 92 kategori design yang ada. Wow, banyaknya! Antara kategori yang saya suka adalah Animated Social Media, Presentation, Infographic, Certificate, Class Schedule, Lesson Plan, Google Classroom Header dan Brainstorm. Design bagi setiap kategori ni pulak banyak dan memang cantik-cantik belaka. Sampai kadang-kadang pening nak pilih yang mana satu…hahaha. Suka sangat!
Ok, berbalik kepada cara nak buat intro video tadi. Buka apps Canva dan pilih kategori Animated Social Media macam gambar kat bawah ni.
Ok, dalam Animated Social Media ni ada banyak design. Serius cantik-cantik! Pilihlah yang mana korang suka. Jangan sampai pening nak buat pilihan sudah…hihihi. Macam saya, untuk kali ni saya pilih Space Fact!. Lepas tu, akan keluar paparan macam ni, dan kemudian tekan Edit.
Then, akan keluar paparan macam ni. Boleh edit tulisan tu, contohnya boleh tulis nak letak topik apa, bab berapa dan letak nama. Lepas tu boleh letak gambar. Tekan je butang + kat bawah tu dan pilih gambar dari galeri fon korang.

Tadaaaa! Yeayy, dah siap edit perkataan dan masukkan gambar. Tulisan tu boleh tukar font, size dan warna. Gambar pun boleh nak letak gambar apa-apa yang berkaitan topik. Ikutlah kreativiti korang. Yang penting jangan terlalu crowded sangat kat dalam tu okay. Next, ni part yang ditunggu-tunggu iaitu animasi! Tekan butang play kat atas tu untuk animasi.
Ok, kat bawah tu ada jenis-jenis animasi yang korang boleh pilih. Ada Rise, Breathe, Block, Pan, Slide dan Fade. Kalau nak pilih None pun boleh, sebab pada None pun dah siap animate cuma kesan animasinya minimum je. Untuk kali ni, saya pilih Slide.
Okay, dah siap! Seterusnya save Animated Social Media dalam fon. Untuk lebih menarik, masukkanlah muzik dan suara kalau nak. Boleh guna apps edit video yang korang ada dalam fon. Macam saya, saya suka gunakan Inshot sebab rasa mudah dan selesa guna apps ni.
Ni contoh yang saya buat. Boleh tengok videonya di sini πŸ‘‡

Clips

Ok, apps seterusnya yang akan saya kongsikan ialah Clips. Yang ni saya baru belajar jugak (sebab baru ada iPad..huhuhu). Terus catat kat sini. Nanti nak buat, boleh rujuk semula. Best jugak, sebab boleh terus masukkan muzik, rakaman kamera dan effect yang best.
Ok, buka aplikasi Clips dan korang akan nampak ada 3 pilihan kat bawah iaitu Camera, Library dan Posters. Langkah 1 : Pilih Posters dan dalam tu ada banyak kategori animasi iaitu Basic, Photographic, Occasion, Vintage, Cinematic, Abstract, Graphic, Star Wars, Mickey and Friends dan Pixar. Pilih je mana yang korang suka..hehe. Langkah 2 : Untuk kali ni, saya pilih dari bahagian Photographic macam dalam gambar kat bawah.
Lepas dah pilih, akan nampak paparan macam ni. Langkah 3 : Tap untuk edit tulisan tu. Macam contoh saya buat ni, saya tulis topik yang nak dibincangkan dalam video. Langkah 4 : Lepas tu, tap kat sebelah atas tu untuk masukkan muzik. Ada banyak, boleh pilih yang mana suka. Dan Langkah 5 tu yang paling penting. Untuk rakam video, kena tekan butang merah tu lama-lama. Lama mana nak kena tekan? Ha, tekan la selama mana yang korang nak set masa untuk video tu. Macam saya, saya tekan dalam 6-7 saat macam tu. Sebab lepas ni, saya nak letak design lain pula untuk sambungan video. Kalau nak rakam lebih lama, tekan dan swipe ke atas.
Ok, lepas tu kita boleh masukkan effect iaitu Text, Stickers dan Emoji. Macam contoh kat bawah ni, saya masukkan Text dan Sticker. Lepas dah siap, klik Done.
Ulangi Langkah 1 hingga Langkah 5 untuk tambah design Poster yang lain pula. Korang juga boleh tambah rakaman video diri sendiri. Pilih Camera dan buka effect Camera. Di sebabkan iPad saya takde effect Animoji, jadi saya gunakan Filters je..huhu. Saya pilih effect Comic Book. Best jugak effect Comic Book ni.
Bila dah siap semuanya, akan nampak paparan beberapa slide video yang korang dah buat macam gambar kat bawah ni. Ok, siap! Boleh lah save dalam ipad atau iPhone.
Ni contoh yang saya buat. Saya guna apps Facemoji. Boleh tengok videonya kat bawah ni πŸ‘‡
Yang ni pulak πŸ‘‡ saya gabung apps Clips dengan Canva. Memang cantik-cantik design dalam Canva. Suka sangat! Rambang mata nak pilih 🀣
Ok tak? Kalau dah cuba, bolehlah komen. Semoga perkongsian ni bermanfaat kepada semua yang membacanya, InsyaAllah. Setakat ni dulu, semoga bertemu dalam perkongsian yang lain. Bye, Assalamualaikum.

Persamaan Kuadratik : SVM Semester 1 Kolej Vokasional

Di dalam tempoh PKP, Unit Matematik (SVM) Kolej Vokasional Kuala Kangsar telah menganjurkan 3 siri Kelas Matematik secara atas talian melalui aplikasi Google Meet kepada pelajar Tahun 1 SVM bagi Topik Persamaan Kuadratik. Alhamdulillah, kelas berjalan dengan lancar walaupun tidak semua pelajar dapat terlibat. Bagi pelajar yang tak dapat sertai kelas, boleh rujuk 4 bahagian video pengajaran di sini ya!


Bahagian 1 : Ciri-ciri Ungkapan Kuadratik dalam Satu Pembolehubah oleh Pn. Siti Anati

Video Pengajaran Bahagian 1 https://youtu.be/FIH9JNtQNA8

Selepas pelajar belajar dari video Bahagian 1, sila jawab soalan mudah di sini ya http://gg.gg/3-1-1MencariNilai-a-b-c-DalamUngkapanKuadratik


Bahagian 2 : Maksud Punca Suatu Persamaan Kuadratik oleh Pn. Siti Anati

Video Pengajaran Bahagian 2 https://youtu.be/S6ghgYgtMtk


Bahagian 3 : Mencari Punca Persamaan Kuadratik dengan Kaedah Pemfaktoran oleh Pn. Hajah Norhafiza

Video Pengajaran Bahagian 3 https://youtu.be/b_K_epkIBtU

Selepas pelajar belajar dari video Bahagian 3, sila jawab soalan mudah di sini ya. Siap-sedia dengan kalkulator utuk jawab soalan. Good Luck! http://quizizz.com/join?gc=6515883


Bahagian 4 : Menyelesaikan Masalah yang melibatkan Persamaan Kuadratik oleh Pn. Anis Shahira

Video Pengajaran Bahagian 4 https://youtu.be/IPQV4MiayB8

Berikut ialah soalan Penyelesaian Masalah dari Video Pengajaran Bahagian 4. Pelajar boleh lah jawab soalan ni sambil rujuk Video Bahagian 4 ya. Ada 6 soalan semuanya. Good Luck!

5 perubahan besar guru pada tahun 2020. Terbaiklah!

Tahun 2020 mencatat sejarah yang tersendiri apabila Malaysia turut dilanda wabak pandemik COVID-19. Semua sekolah ditutup bagi mengekang penularan wabak tersebut dan PKP mula dilaksanakan. Maka, bermulalah juga perubahan terhadap tugas dan penglibatan guru dalam memastikan PdPc tetap terus berjalan akibat daripada penutupan sekolah. Berikut adalah 5 perubahan besar guru sepanjang tempoh PKP.


1. Penggunaan Google Classroom secara meluas

Lebih ramai guru yang menggunakan Google Classroom sebagai medium untuk menyampaikan pengajaran. Guru mewujudkan kelas secara maya dan pelajar pula menyiapkan dan menghantar tugasan yang diberikan guru di dalam Google Classroom. Aplikasi yang tersusun secara sistematik dan teratur ini, sangat memudahkan guru untuk menyemak tugasan yang dihantar oleh pelajar. Malah, guru juga boleh kenal pasti pelajar yang belum membuat tugasan. Senang nak pantau penglibatan pelajar!


2. Guru mula menghasilkan video PdPc untuk pelajar

Tidak dinafikan ramai guru di luar sana yang telah menghasilkan video PdPc sejak sekian lama. Nama seperti Cikgu Romie dan Cikgu Hailmi sudah tidak asing lagi di kalangan warga pendidik di Malaysia. Video-video yang dihasilkan sangat berguna dan menjadi rujukan dan panduan buat semua, baik guru mahupun pelajar. Turut disenaraikan adalah Cikgu Razif ataupun lebih dikenali sebagai Cikgu Siber yang aktif berkongsi penggunaan aplikasi di dalam Ipad bagi menghasilkan video menarik.

Trio utama Pasukan Cikgootube ni, berjaya menarik minat lebih ramai guru untuk menghasilkan video PdPc. Penghasilan video PdPc dilihat sebagai keperluan bagi memastikan pelajar dapat belajar walaupun tidak dapat ke sekolah. Walaupun ada guru yang baru belajar menghasilkan video, tetapi video-video yang dihasilkan mendapat jumlah tontonan yang tinggi dan subscribers mencecah 1k dalam masa yang singkat . Wow! kagum sangat tau! Tapi harus diingat kembali niat dan matlamat asal guru menghasilkan video.

Turut tidak dilupakan, Cikgu Siti Share yang juga merupakan ahli pasukan Cikgootube, turut mendapat perhatian akhbar, steven tv dan radio setelah video PdPc nya yang menggunakan green screen menjadi tular di media sosial. Pujian harus diberikan buat semua guru yang banyak menghabiskan wang ringgit untuk membeli peralatan kelengkapan video serta masa yang diperuntukkan untuk menghasilkan sesebuah video. ’Work from home’ bukan sesuatu yang mudah tetapi ternyata guru berjaya mengatasinya demi anak murid!


3. Membuat kelas secara atas talian

Selain menghasilkan video, guru juga banyak membuat kelas secara atas talian sama ada melalui aplikasi Zoom, Google Meet dan juga Microsoft Team. Ada yang buat kelas untuk anak murid sendiri dan ada juga pihak yang menganjurkan kelas secara atas talian seperti yang dilakukan oleh eDIDIK, Digital Classroom dan lain-lain. Walaupun tak semua pelajar dapat terlibat menghadiri kelas, namun guru tetap bersemangat mengajar. Yang membuatkan hati seorang guru terubat, ialah apabila pelajar yang sebelum ni di dalam kelas, suara pun susah nak dengar, tapi sangat aktif pula bertanya dan menjawab soalan. Guru memang seronok sangat bila pelajar terlibat secara aktif di dalam kelas walaupun hanya bersua muka secara maya saja.


4. Aktif tambah ilmu dengan menyertai webinar, kursus atau bengkel secara atas talian

Pantang ada saja bengkel/kursus/webinar yang dianjurkan, pasti ramai guru yang akan sertai untuk tambah ilmu masing -masing. Semua ilmu yang diperolehi adalah untuk digunakan bagi memantapkan penyediaan bahan PdPc dan untuk menambah kemahiran dan pengetahuan tentang teknologi. Yang syoknya, guru yang dulunya tak tau, sekarang dah boleh ajar guru lain pula. Kagum sangat! Selain itu, guru juga mengambil peluang memasukkan penglibatan di dalam setiap bengkel/kursus/webinar untuk dicatatkan dalam SPLKPM bagi melengkapkan bilangan hari berkursus. Pemberian sijil setiap kali berakhirnya program, menambah semangat guru-guru. Tapi diingatkan, janganlah taksub sangat dengan sijil. Yang penting, ilmu yang diperolehi. Ok?


5. Mengadakan Sambutan Hari Guru 2020 secara atas talian

Sambutan Hari Guru 2020, Peringkat Kolej Vokasional Kuala Kangsar

Hahaha…yang ni memang rare kan. Selalunya kita sambut Hari Guru siap ada tema bagai. Guru dan pelajar terlibat buat persembahan di Hari Guru. Tapi tahun 2020 ni memang mencipta kelainan dan keunikan yang tersendiri. Semuanya kerana kita semua masih dalam tempoh PKPB sekarang. Masih lagi perlu ’stay at home’. Makanya sambut Hari Guru dari rumah saja. Walaupun sambut dari rumah saja, namun kemeriahan tetap dirasai. Pelbagai peringkat telah menganjurkan Hari Guru. Tak ketinggalan adalah pasukan Cikgootube. Memang sangat meriah dan best dengan kehadiran tetamu-tetamu jemputan dan guru-guru yang boleh memberi ucapan secara langsung di Youtube Channel Cikgootube. Awesome! Sambutan Hari Guru di sekolah saya adalah melalui aplikasi Google Meet. Tahun ni juga memberi kenangan manis buat diri saya apabila dipilih sebagai Tokoh Guru sempena Sambutan Hari Guru 2020 Peringkat Kolej Vokasional Kuala Kangsar. Penghargaan yang diberikan ini, buat saya lebih bersemangat. Walau bagaimanapun, sentiasa ingatkan diri agar kekal bersemangat tak kira apa jua keadaan.