Cara buat intro video guna fon je. Senangnya!

Assalamualaikum, hi semua! Alhamdulillah, hari ni dapat ilmu baru. jadi, terus catat di sini supaya tak lupa. Bolehlah dijadikan nota, rujukan dan panduan buat semua. Jadi hari ni saya nak kongsikan cara buat intro video hanya dengan menggunakan fon je. Sambil-sambil duduk makan kuih raya kat rumah, dah boleh siap satu intro video…hihihi. Ada dua apps best yang saya nak kongsikan di sini iaitu Canva dan lagi satu ialah Clips (iOS).

Canva

Ok, saya akan mula dengan Canva terlebih dahulu. Canva ni sangat-sangatlah awesome sebab kita boleh buat macam-macam jenis design dengan Canva ni. Boleh dikatakan antara apps yang wajib korang install dalam fon ialah Canva. Ada lebih kurang 92 kategori design yang ada. Wow, banyaknya! Antara kategori yang saya suka adalah Animated Social Media, Presentation, Infographic, Certificate, Class Schedule, Lesson Plan, Google Classroom Header dan Brainstorm. Design bagi setiap kategori ni pulak banyak dan memang cantik-cantik belaka. Sampai kadang-kadang pening nak pilih yang mana satu…hahaha. Suka sangat!
Ok, berbalik kepada cara nak buat intro video tadi. Buka apps Canva dan pilih kategori Animated Social Media macam gambar kat bawah ni.
Ok, dalam Animated Social Media ni ada banyak design. Serius cantik-cantik! Pilihlah yang mana korang suka. Jangan sampai pening nak buat pilihan sudah…hihihi. Macam saya, untuk kali ni saya pilih Space Fact!. Lepas tu, akan keluar paparan macam ni, dan kemudian tekan Edit.
Then, akan keluar paparan macam ni. Boleh edit tulisan tu, contohnya boleh tulis nak letak topik apa, bab berapa dan letak nama. Lepas tu boleh letak gambar. Tekan je butang + kat bawah tu dan pilih gambar dari galeri fon korang.

Tadaaaa! Yeayy, dah siap edit perkataan dan masukkan gambar. Tulisan tu boleh tukar font, size dan warna. Gambar pun boleh nak letak gambar apa-apa yang berkaitan topik. Ikutlah kreativiti korang. Yang penting jangan terlalu crowded sangat kat dalam tu okay. Next, ni part yang ditunggu-tunggu iaitu animasi! Tekan butang play kat atas tu untuk animasi.
Ok, kat bawah tu ada jenis-jenis animasi yang korang boleh pilih. Ada Rise, Breathe, Block, Pan, Slide dan Fade. Kalau nak pilih None pun boleh, sebab pada None pun dah siap animate cuma kesan animasinya minimum je. Untuk kali ni, saya pilih Slide.
Okay, dah siap! Seterusnya save Animated Social Media dalam fon. Untuk lebih menarik, masukkanlah muzik dan suara kalau nak. Boleh guna apps edit video yang korang ada dalam fon. Macam saya, saya suka gunakan Inshot sebab rasa mudah dan selesa guna apps ni.
Ni contoh yang saya buat. Boleh tengok videonya di sini 👇

Clips

Ok, apps seterusnya yang akan saya kongsikan ialah Clips. Yang ni saya baru belajar jugak (sebab baru ada iPad..huhuhu). Terus catat kat sini. Nanti nak buat, boleh rujuk semula. Best jugak, sebab boleh terus masukkan muzik, rakaman kamera dan effect yang best.
Ok, buka aplikasi Clips dan korang akan nampak ada 3 pilihan kat bawah iaitu Camera, Library dan Posters. Langkah 1 : Pilih Posters dan dalam tu ada banyak kategori animasi iaitu Basic, Photographic, Occasion, Vintage, Cinematic, Abstract, Graphic, Star Wars, Mickey and Friends dan Pixar. Pilih je mana yang korang suka..hehe. Langkah 2 : Untuk kali ni, saya pilih dari bahagian Photographic macam dalam gambar kat bawah.
Lepas dah pilih, akan nampak paparan macam ni. Langkah 3 : Tap untuk edit tulisan tu. Macam contoh saya buat ni, saya tulis topik yang nak dibincangkan dalam video. Langkah 4 : Lepas tu, tap kat sebelah atas tu untuk masukkan muzik. Ada banyak, boleh pilih yang mana suka. Dan Langkah 5 tu yang paling penting. Untuk rakam video, kena tekan butang merah tu lama-lama. Lama mana nak kena tekan? Ha, tekan la selama mana yang korang nak set masa untuk video tu. Macam saya, saya tekan dalam 6-7 saat macam tu. Sebab lepas ni, saya nak letak design lain pula untuk sambungan video. Kalau nak rakam lebih lama, tekan dan swipe ke atas.
Ok, lepas tu kita boleh masukkan effect iaitu Text, Stickers dan Emoji. Macam contoh kat bawah ni, saya masukkan Text dan Sticker. Lepas dah siap, klik Done.
Ulangi Langkah 1 hingga Langkah 5 untuk tambah design Poster yang lain pula. Korang juga boleh tambah rakaman video diri sendiri. Pilih Camera dan buka effect Camera. Di sebabkan iPad saya takde effect Animoji, jadi saya gunakan Filters je..huhu. Saya pilih effect Comic Book. Best jugak effect Comic Book ni.
Bila dah siap semuanya, akan nampak paparan beberapa slide video yang korang dah buat macam gambar kat bawah ni. Ok, siap! Boleh lah save dalam ipad atau iPhone.
Ni contoh yang saya buat. Saya guna apps Facemoji. Boleh tengok videonya kat bawah ni 👇
Yang ni pulak 👇 saya gabung apps Clips dengan Canva. Memang cantik-cantik design dalam Canva. Suka sangat! Rambang mata nak pilih 🤣
Ok tak? Kalau dah cuba, bolehlah komen. Semoga perkongsian ni bermanfaat kepada semua yang membacanya, InsyaAllah. Setakat ni dulu, semoga bertemu dalam perkongsian yang lain. Bye, Assalamualaikum.