Aplikasi Tracing : elak isu copyright

Assalamualaikum, hi semua! Alhamdulillah, hari ni saya berpeluang mengemaskini blog setelah lama tak menulis. Jadi hari ni saya nak share cara untuk menggunakan aplikasi Tracing dalam Laptop Windows 10. Terima kasih banyak-banyak saya ucapkan kepada Cikgu Siti Suhaila yang saya jadikan tempat rujukan belajar dan bertanya tentang Tracing. Sebelum ni, saya ada buat perkongsian tentang aplikasi Tracing ni di laman Facebook TcherCollection-TC sehingga mendapat 3.4K Shares dan 1.9K likes di Facebook. Alhamdulillah, tak sangka ramai yang berminat. Semoga bermanfaat untuk semua. Jom baca perkongsian saya di laman Facebook TcherCollection-TC. Boleh klik di sini 👇.

Perkongsian tentang Tracing di Laman Facebook TcherCollection-TC

Ok, aplikasi Tracing ni membuatkan orang yang tak reti melukis macam saya ni, jadi reti melukis. Bak kata orang, tangan tak berseni langsung..huhuhu 😂. Tapi dengan Tracing, menjadilah jugak lukisan saya. Walaupun rasa macam senang, tapi kena ada kesabaran jugak la nak trace gambar yang kita nak tu. Jom tengok lukisan pertama saya menggunakan Tracing 👇.

Setakat ni dah 3 gambar yang saya berjaya lukis guna Tracing. Di sini saya kongsikan lukisan saya yang tak seberapa ni . Saya suka lukis watak diri sendiri untuk dimasukkan dalam video PdPc. Macam mana, ok tak lukisan saya 😅

Tracing ni best sangat-sangat sebab kita sebagai cikgu boleh guna untuk tujuan PdPc. Bukan setakat guna untuk lukis watak diri sendiri, tapi boleh juga digunakan untuk pelbagai tujuan lain. Contohnya macam kita nak buat bahan seperti buku, modul, nak buat soalan atau video PdPc, yang perlu letak gambar. Tapi kita tak boleh ambik mana-mana gambar sesuka hati sebab gambar-gambar tu bukan kita punya. Jadi, untuk elakkan isu copyright, kita boleh lukis gambar dengan menggunakan Tracing. Boleh dapatkan aplikasi ni secara percuma dari Microsoft Store. Ok, di sini saya kongsikan cara dan langkah-langkah nak gunakan Tracing.

1. Buka aplikasi Tracing dan klik Open Picture

2. Kemudian, klik Open Image File

3. Pilih gambar yang kita nak trace, dan klik Open

4. Dah keluar gambar, boleh mula trace

Orait, di atas ni adalah paparan yang kita akan nampak bila dah masukkan gambar. Transparency nya automatik berada pada tahap 50%. Jadi, mudahlah kita nak trace gambar. Tapi kalau ada part yang tak berapa jelas, kita boleh Adjust Transparency kat tepi seperti yang saya label dalam gambar di atas 👆.

Untuk trace, biasanya saya akan pilih Ballpoint pen. Dan untuk mewarna, kena pilih Marker tau, sebab bila guna Marker, baru warna akan sekata. Masa nak trace atau masa nak mewarna, kita boleh tukar warna. Pilihlah nak warna apa. Kalau nak lebih banyak pilihan warna, boleh klik pada Advanced Color. Dalam proses kita nak trace ni, kalau ada yang perlu buat garis lurus, jangan risau sebab dalam tu dah siap ada Ruler. Protractor pun ada tau! Awesome sangat kan!

“Cikgu trace pakai pen ke?” Ok, ni soalan yang ramai cikgu tanya masa mula-mula saya buat perkongsian. Yup, saya guna sylus pen dan trace terus kat screen laptop. Kalau guna laptoptop touch screen tapi takde pen, boleh trace guna jari (Pilih Touch drawing). Tapi kalau laptop takde touch screen, boleh trace guna mouse (Pilih Mouse Writing). Lagi bagus kalau cikgu-cikgu ada drawing tablet. Sambung je ke laptop dan trace!

Double Tap untuk Zoom dan Lock Ink Movement

ok, paparan di atas 👆 ni pula menunjukkan perkara penting yang cikgu-cikgu perlu tau semasa tracing. Kalau ada part yang kita susah nak trace, kita boleh Double Tap untuk Zoom bagi nampak sikit. Masa zoom, kita tak dapat nak trace. So, double tap lagi sekali untuk trace. Ha, boleh faham tak yang ni 😅 Nanti dah cuba, baru boleh nampak situasi ni..hehehe.

Kalau guna laptop touch screen, kadang-kadang tangan kita ter klik kat Lock Ink Movement tu. So, hati-hati jangan sampai ter klik kat situ. Nanti apa yang kita trace tu lari dari gambar asal. Tapi takpe, kalau dia lari, kita kejar bagi sama balik dengan gambar asal…hahaha 😂. Maksudnya kat sini, pastikan Lock Ink Movement tu kena sentiasa menyala.

Advanced Color dan Color Locked

Ada lagi satu yang penting. Katakan kita nak tukar warna, tapi tak dapat tukar. Asyik keluar warna sama yang kita guna sebelum tu. Ha, maksudnya warna tu dah locked. So, rujuk gambar kat atas ni 👆. Bila jadi macam tu, pi kat Advanced Color dan untick box macam yang saya tunjuk kat dalam gambar. Dah untick box, baru kita dapat tukar dan pilih warna lain. So, jangan panik kalau tiba -tiba tak dapat tukar warna. Ikut je step yang saya bagi ni okey.

5. Save hasil kerja

Orait, bila dah siap trace, boleh terus save hasil kerja kita 👆. Boleh Save as Image (Transparent Background) dan juga boleh Save as Image (With Background Color). Macam 3 gambar saya kat atas tadi tu, saya Save as Image (With Background Color). Selain daripada 2 pilihan ni, yang paling best, Tracing juga support .ink format. Jadi, kita boleh save hasil kerja dalam bentuk .ink File dan boleh juga sambung hasil kerja kita pada apps yang lain. Best kan!!

Orait, Tracing kat atas ni👆 tak siap lagi. Cuma nak tunjuk contoh gambar kalau kita
Save as Image (Transparent Background) akan jadi macam ni. Ha, macam mana. Ok tak? Maaf jika ada kekurangan. Kalau ada yang tak faham, boleh tanya di ruangan komen ya. Atau kalau ada yang nak buat penambahbaikan pun boleh komen. Selamat mencuba semua! Bye, Assalamualaikum.